Wednesday, November 16, 2011

TERUS MENCINTAIMU ....


Aku menyayangimu, kerana ingin menyintaimu, Menumpahkan rasa, yang datang entah berakhir dimana, memberi hanya kerana, ingin memberi, butiran airmata dan kesedihan, kita rasai bersama, aku tak ingin apapun, cukup merasai keindahan, yang aku rasakan, bahkn tatkala itu tak berbalas sekalipun, cukup buatku mengirimkan kata - kata, dan doaku yang kadang - kadang hanya terfikir, dan tak mampu terucap, dengan cara seperti inilah, aku lebih menyayangimu, Seandainya itu cukup Terimalah , Namun jika ada CINTA, yang lebih baik Sambutlah ia, akan ku terus pertahankan ketulusanku, akan tetap menjaga senyumanmu, hingga ke akhir NAFASKU...

Friday, November 11, 2011


Untuk yang sedang bersedih Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya. Wahai jiwa yang sedang layu… Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya. Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah… Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi. Untukmu yang sedang luka.. Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu. Hai pemilik hati yang patah.. “…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta! Kawanku yang dicintai Allah.. Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur. Ini untukmu yang sedang bersedih Dalam rangka menasihati diri sendiri…

Dibalik episodnya, tentang keindahan, kebahagiaan dan kasih sayang Tahukah kita, apa yang mendasari semuanya Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna Dalam keutuhan cinta yang membentang Cinta… Bagai mutiara yang tersembunyi dibalik karang Putih, bersih dan suci diatas mahligainya Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna Dalam keutuhan azam yang membentang Cinta…. Aku ingin cinta yang putih, bersih dan suci Bahkan lebih dari itu tentang cinta Cinta yang berharga dalam Bilangan Asma-Nya Cinta yang tak hanya sekadar duniawi Aku ingin cinta yang halal bersama dalam setiap keberkahanNya Pun engkau, akan menjadikannya semakin berwarna Dalam putihnya hati nurani Cinta… Seperti mutiara yang semakin bercahaya Bahkan lebih ketika mahar keimanan menjadi satu asas Bukan lagi berkata, aku ingin dan aku mahu Kerana cinta telah mengajarkan kita tentang keindahan Hanya sejauh mana kita mahu Belajar menjadi sang pecinta sejati Cinta yang halal… Berapa banyak dari kita yang mengharapkannya Sehingga bukan untuk menghalalkan segala cara Kerana cinta mengajarkan kita mengerti dan memahami Tentang erti sebuah keikhlasan Seberapapun engkau, aku dan kamu Milikilah cinta diatas cinta yang sebenar Berpijak pada satu kekuatan yang satu
Biarlah…
semua akan indah pada waktunya
Tentang cinta yang halal
Tentang kedewasaan cintaNya, cintaku dan cintamu
Diatas jalan yang halal dan berakhir dengan keberkatannya…

Usah Dikenang Cinta Yang Lalu


Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi.. Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang. Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup? Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi. Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman.. Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti. Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.
Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..

Jika Dia bukan Jodohku.....


Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9,
“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”
Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu. Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan. Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan. Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah. Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain. Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.

Cinta DIa sampai ke syurga......

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud.

Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.


Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.



Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:
Kasih…
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.



Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

Tuesday, November 8, 2011

Didalam suatu perhubungan, sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku untuk keesokan harinya. Hari ini anda berdua gembira bersama, tetapi untuk masa akan datang ia tidak menjanjikan apa-apa. Jika hubungan anda terputus, ia tidak bermakna pengakhiran untuk anda. Mungkin masing-masing memerlukan masa untuk menenangkan diri sendiri. Anda sebenarnya dapat mengesan sekiranya bekas pasangan anda masih memendam perasaan terhadap anda. Antara tanda-tandanya adalah..

  1. Mereka tidak mencari pasangan yang lain- Ini adalah merupakan salah satu tanda jelas pasangan anda masih memendam perasaan terhadap anda. Mereka tidak mencari pasangan lain walaupun anda berdua sudah berpisah. Kebiasaannya, pada ketika ini, mereka hanya memerlukan masa untuk menenangkan diri sendiri. Beri ruang kepada mereka dan berusaha untuk mengubati hati mereka yang terluka.
  2. Masih menghubungi anda- Sekiranya mereka masih menghubungi anda walaupun tidak sekerap sebelum ini, ia adalah petanda bahawa mereka masih memendam perasaan terhadap anda. Sekiranya anda juga masih mempunyai perasaan terhadap mereka, berikan mereka peluang dan sekiranya hati anda telah tertutup terhadap mereka, berikan mereka penjelasan.
  3. Apabila anda bertemu, mereka kelihatan agak cemas- Ini juga adalah petanda yang menunjukkan mereka masih ada lagi perasaan terhadap diri anda. Kebiasaannya, orang yang memendam perasaan akan cemas apabila bertemu dengan seseorang yang mereka pendam.

4 Perkara Yang Anda Tidak Patut Lakukan Apabila Berpisah...

Perpisahan didalam sesuatu hubungan adalah lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. Anda perlu menerima hakikat bahawa pasangan anda sebelum ini bukan lagi milik anda. Disebabkan kesukaran menerima kenyataan inilah menyebabkan ramai yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Antara adalah..

  1. Menghubungi bekas pasangan setiap kali anda ingatkan mereka- Memang tidak dapat dinafikan bahawa anda pasti akan sentiasa mengingati bekas pasangan lebih-lebih lagi pada permulaan perpisahan. Ia adalah merupakan satu perkara yang normal. Tetapi anda perlu bijak untuk mengawalnya. Lakukan sesuatu perkara yang boleh mengalihkan pemikiran anda daripada memikirkan mengenai mereka. Sekiranya anda menghubungi mereka sekali sekala, ia tidak menjadi masalah. Masalah akan timbul sekiranya anda menghubungi mereka setiap hari kerana anda seolah-olah masih tidak menerima yang sebenarnya anda berdua telah berpisah. Ia juga dikhuatiri akan turut mempengaruhi pemikiran dan perasaan anda kelak.
  2. Meluahkan perasaan seperti orang gila di fb- Mungkin anda sendiri perasan kini facebook dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. Apabila anda berpisah, anda tidak perlu untuk menghebohkannya kerana ia amat menjengkelkan orang lain. Perhubungan adalah merupakan satu perkara yang amat peribadi dan tidak perlulah anda mengaibkan orang yang pernah anda sayang dikhalayak ramai. Ia juga mungkin akan mengundang permusuhan.
  3. Memburukkan pasangan- Kebiasaannya perkara ini akan terjadi apabila sesuatu hubungan telah terpisah. Masing-masing akan berusaha untuk memburukkan bekas pasangan mereka. Jika dinilai kembali, tiada sebarang manfaat yang anda dapat sekiranya melakukan perkara tersebut. Sekiranya anda betul-betul menyayangi mereka, pasti anda akan mengharapkan yang terbaik dan bukannya meburuk-burukkan mereka. Apa yang lebih mengejutkan adalah perbuatan ini lebih ramai dilakukan oleh kaum LELAKI!
  4. Kelam kabut untuk mencari pasangan baru- Hasil kajian yang telah dilakukan, seseorang yang bersifat seperti ini kebiasaannya adalah seorang yang bersifat kurang yakin terhadap diri sendiri, terdesak dan suka bergaantung terhadap orang lain.

Monday, November 7, 2011

WANITA CIPTAAN TUHAN


  • SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk..tapi cuma nak bermanja dan mendapatkan perhatian.
  • CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala..cuma wanita ni sukakan ketelitian..cermat..dan kadang2 teringin jgk LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  • HALUS : bak sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak..walaupun sorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran..Bukan sebagai DENDAM..paham??
  • IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui..yes!
  • KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, ibu bapa, anak-anak , dan suami. WANITA amat tabah..
  • PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  • MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri sorang WANITA masih lagi tetap sorang WANITA. Suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum..
  • EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai..
  • CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus..
  • SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA sebab WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak x tertumpu kepada 1 ja. LELAKI plk dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan..
** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.

WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Sunday, November 6, 2011

TIDAK MUDAH TAPI AKAN TERASA INDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita..

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..
Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya..

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya.. :-)

Wednesday, November 2, 2011

Bondan Prakoso & Fade 2 Black - Ya Sudahlah

Ketika mimpimu tak begitu indah
Tak pernah terwujud.., ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai.., ya sudahlah

Mm m mm.. Apapun yang terjadi
Ku kan s’lalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Coz everything’s gonna be okay

Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh, jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga ku persembahkan
Yo bersama jiwa, cinta, cita dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tau jalan selalu ada

Juga ku tau lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu, ku tau kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat, ya sudahlah
Yeah dengar ku bernyanyi
Lalalalalalala hey yeyeyayaya duddu di da dam..
Semua ini belum berakhir..

Apapun yang terjadi
Ku kan s’lalu ada untukmu..
Janganlah kau bersedih
Coz everything’s gonna be okay

Satukan langkah, langkah yang beriring
Genggam hati, rangkul emosi!

Genggamlah hatiku.., satukan langkah kita..
Sama rasa, tanpa pamrih
Ini cinta, across the sea
Peluklah diriku terbanglah bersamaku
Melayang jauh.. Oo oo yea..h..

Ini dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yang menerima kelemahan hati
Ye aku cinta kau (Ini cinta kita)
Cukup satu waktu, yes! (untuk satu cinta)

Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu tenang di sisiku
Rebahkan rasa untuk yang ditunggu
Bahagia, hingga ujung waktu!

Apapun yang terjadi
Ku kan s’lalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Coz everything’s gonna be okay
Apapun yang terjadi (lala la la..)
Ku kan s’lalu ada untukmu (s’lalu ada untukmu..)
Janganlah kau bersedih (uuhh.. janganlah kau bersedih..)
Coz everything’s gonna be okay (yeah dengar ku bernyanyi)
Apapun yang terjadi (lalala lala hey yey yey yaya ya..)
Ku kan s’lalu ada untukmu (kan s’lalu ada untukmu..)
Janganlah kau bersedih (lalala lala hey yey yey yaya ya..)
Coz everything’s gonna be okay (yeah, everything’s gonna be okay)

Sunday, October 9, 2011


♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

Saturday, October 8, 2011

KISAH PENSIL DAN PEMADAN.....



KALAU PENSIL DAN PEMADAN PUN ADA SIFAT BERSALAH DAN INGIN MEMOHON MAAF,... SEBAGAI MANUSIA KITA HARUSLAH BUANG EGO UNTUK SALING MAAF DAN MEMAAFI... :)

Pensil:
Saya minta maaf..

Pemadam:
Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil:
saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan ...saya.

Pemadam:
Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir

Very Heart Touching!!

When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U...
U Asked Me: "What Is It?"

When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....
U Blushed.. U Look Down And Smile..

When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Dissapear..

When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N Said : "U Better Be Quick, Is’s Gonna Be Late.."

When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....
U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."

When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."

When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
U Were Knitting And U Laugh At Me..

When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
U Smile At Me..

When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..

When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!
I Didn’t Say Anything But Cried.

We may not express it but when we say "I Love You" we want our partner also to say the same... there are many ways of expressing love but nothing can play the same magic that these 3 words can play when said in return ♥ ♥

Tuesday, October 4, 2011

Kisah BF dan GF


Sepasang kekasih di kedai makan.

GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?

BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...

GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?

BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???

BF : "pandai betol math u ni kan"...(dalam ati kate: ape nye bangang awek aku ni.. ade ke seminggu rm2100 pdhal rm280 je.. hahaha)...dri tingkatan 2. kenape?

GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10.. and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.

BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!

GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!

BF : u isap rokok x yang?

GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?

BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?

GF : !@#$%^&*

Sunday, September 25, 2011

Buat Aku Tersenyum

Buat Aku Tersenyum


Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walaupun tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap
Karna hanya engkaulah yang sanggupkatakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau s'lalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Saturday, September 24, 2011

Ada Kalanya Sepi Itu Indah

Hakikatnya tiada siapa yang inginkan perasaan sepi itu, walau sejauh mana kita nak lari darinya ia tetap ada, perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?

Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.

Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang.

Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.

Namun indahnya nikmat sepi itu jika bersulam kasih dan sayang kepada yang satu.

Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, “walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu, yang hakikatnya amat payah kita buang kerana kau telah lama bertakhta di hati” namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi.

Perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.

Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.

Katakan, “Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku.”

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui.

Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.

Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.

Sepi itu indah buat yang mengerti dan menyedari, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat anda tenteram, mengajak hati anda menghayati setiap kejadian yang berlaku, bukan sepi yang membuat anda sengsara namun sepi akan menyedarkan anda yang dunia ini tidak selalu indah pasti ada duri-duri didalam setiap cerita yang ada di hati kita.

Sepi itu terkadang boleh membuat anda terlena dalam mengapai apa yang ingin hati miliki, hati ini telah membuat anda sepi dalam segala-galanya namun sepi itu membuat anda tenang dan membuat anda tersenyum walau terjatuh beribu kali , anda tetap bahagia kerana itu sepi adalah penawar kepada segalanya dan anda harus mengikhlaskan hati kepada sepi.

Sepi mengajak tangan kita agar mengambil atau mengutip setiap yang berharga di teratak hati kita. Didalam solat yang kita lakukan sepi jua yang membuat kita mengingati padaNYA, tidak salah menyepi yang penting didalam hati kita sentiasa mengingati Allah swt.

Semoga sepi itu mengajak kita kejalan kebenaran, bukannya

mengajak kita jauh dari jalan yang sebenarnya, mengingati Allah swt lebih berharga dari sejuta sepi yang ada pada hati kita, kerana itu sepi yang indah pasti akan lebih bererti jika didalamnya penuh dengan nama-nama Allah swt, ucapkanlah dikala sepi mahupun kecewa, nikmatnya lebih berharga dari segalanya .

Antara Kasih, Sayang Dan Cinta

Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

Thursday, September 22, 2011

Ada Orang Curik Khemah Kita…


Razlan dan Razi pergi berkhemah. Setelah penat memasang khemah dan hari pun sudah beransur gelap, mereka pun tertido la di dalam khemah tersebut. Beberapa jam kemudian, Razlan terbangun dan mengejutkan Razi dari tido.


Razlan : Razi, cuba kau pandang kat atas dan apa yang kau nampak.
Razi : Aku nampak berjuta-juta bintang.
Razlan : Dan apakah maksudnya itu?
Razi : *setelah berfikir sejenak* Dari sudut Astronomi ada kemungkinan yang terdapat berjuta-juta galaksi dan planet di luar sana. Dari sudut Astrologi aku perhati yang planet Musytari di kalangan Leo. Dari sudut Horologi, aku berpendapat masa sekarang lebih kurang pukul tiga pagi. Dari sudut Theologi aku dapat merasakan yang Tuhan itu maha berkuasa dan kita ni hanyalah hamba yang sangat kerdil dan lemah. Dari sudut Meteorologi, aku ramalkan yang esok cuaca akan cerah sepanjang hari. Kenapa kau tanya aku soalan yang macam tu? Apa maksudnya bagi kau?
Razlan : *Terdiam seketika*. Bodoh la kau ni Razi. Ada orang dah curik khemah kita la.

-
-
-
Nota Kaki: Best jer cara die nak cover khemah hilang.. hahaha